Hubungan Amalan Pergudangan Dengan Prestasi Organisasi Pergudangan : Pengenalan Kepada Kerangka Konsep
Abstract
Pengurus pergudangan meletakkan harapan besar ke atas amalan-amalan yang diamalkan supaya ia dapat menghasilkan prestasi organisasi yang membanggakan. Kajian mengenai amalan pergudangan dan hubungannya dengan prestasi organisasi kurang diberikan tumpuan padahal permintaan ke atas sektor pergudangan adalah kedua tertinggi selepas pengangkutan dalam industri 3PLs. Oleh itu, kerangka konsep yang diperkenalkan ini sedikit sebanyak dapat membantu memperbanyakkan kajian dalam sektor pergudangan.Dengan menjadikan teori RBV sebagai asas untuk kepada pembangunan kerangka konsep mengenai hubungan amalan pergudangan dengan prestasi organisasi pergudangan amat bertepatan sekali kerana teori tersebut menyokong konsep hubungan sumber-sumber organisasi dengan prestasi. Sumber-sumber organisasi seperti sumber manusia, teknologi maklumat, material pengendalian dan jaringan telah dicadangkan dalam kerangka konsep untuk diuji bagi melihat hubungannya dengan prestasi organisasi. Kerangka konsep ini amat sesuai untuk diuji ke atas syarikat yang menjadikan perkhidmatan pergudangan sebagai teras perniagaan mereka.disebabkan survival perniagaan syarikat ini amat bergantung kepada amalan dan prestasi.
Â
Kata kunci: Logistik, Pengurusan Rantaian Pembekalan Pengurusan Pergudangan, Strategi Operasi
Downloads
Downloads
Submitted
Published
How to Cite
Issue
Section
License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Copyright @2023. This is an open-access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License (http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0/) which permits unrestricted non-commercial used, distribution and reproduction in any medium.